![]() ![]() S ![]() ![]() Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku. ![]() ![]() Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran. Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk. ![]() Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja. ![]() ![]() UNTA MEMBAWA TANGKI AIR DI BELAKANGNYA ![]() Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain. ![]() Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya. Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya. ![]() Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir. Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghasyiyah:17) BURUNG KOLIBRI ![]()
![]() Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut. Kebanyakannya mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit yang menggunakan senjata hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong dan musuh-musuh lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar laut. Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini tidak mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri. BOOBY, BURUNG YANG BERENANG ![]() Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada jarak yang jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah telah menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas, supaya ia dapat berenang di permukaan dan dalam laut. Booby dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam laut untuk menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang pada jarak yang jauh. ![]() BOLEHKAH IKAN TERBANG? Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi peluncur pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar 56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat bergerak lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan mengangkat ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik di dalam air.
BURUNG PUCUNG Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri tegak dengan membuka sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini menghasilkan satu bayang dan menghalang refleksi daripada permukaan air. Sekarang, Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap Pucung ini menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia menangkap ikan di dalam bulatan ini.
BURUNG UNTA Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu daripada jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini sahaja.
BERUANG KUTUB ![]() ![]() Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti membran. Membran ini bertindak sebagai "sepasang cermin mata gelap" dan ia melindunginya daripada buta salji. CHEETAH: PELARI TERPANTAS ![]() ![]() ![]() CARA MENARIK GAZEL ![]() MANGKUK PELEKAP KAKI CICAK ![]() ![]() Apa yang akan kamu fikirkan jika melihat seekor cicak berlari di atas air? Mungkin kamu akan berkata, "Saya sedang bermimpi". Ini bukan suatu mimpi; ianya realiti. Cicak ini, yang dikenali sebagai Basilik, dapat berlari di atas air dan ia dapat melakukannya dengan pantas sekali. Kepak di belakang kakinya membolehkannya memercik air. Kepak ini akan tertutup apabila ia berjalan di atas tanah. Jika ia berhadapan dengan sebarang bahaya, ia akan segera lari ke air dan mula berlari dengan laju. Pada masa yang sama, kepak di kakinya terbuka dan memberikannya kelebaran yang diperlukan untuk berlari di atas air.
ITIK ![]() ![]() BELALAI GAJAH Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan memecahkannya di dalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan berbagai cara, boleh digunakan sebagi jari panjang, trompet atau pembesar suara. Ia dapat menampung 4 liter (7 pain) air untuk minuman atau mandian.![]() Mungkin inilah pertama kali kamu mendengar tentang kehebatan sifat-sifat makhluk ini. Mereka sangat hebat, bukan? Ini hanyalah sebahagian daripada makhluk-makhluk menakjubkan di bumi. Terdapat beribu-ribu haiwan di bumi ini yang kamu belum pernah lihat atau dengar mengenainya. Adakah semua haiwan ini memperolehi keistimewaan-keistimewaan ini secara kebetulan? Sudah tentu tidak! Allahlah yang telah menjadikan mereka bersama semua sifat-sifat istimewa dan unik ini. |
Search This Blog
Friday, 18 November 2011
Haiwan : makhluk-makhluk yang mengagumkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment