Search This Blog

Friday, 18 November 2011

tumbuhan yang terdapat di sekeliling



tumbuhan dan bahagian tumbuhan

Tumbuhan yang terdapat di sekeliling .

JENIS TUMBUHAN
  • Renek
  • Naungan
  • Palma
  • Penutup bumi
  • Rumput turf
  • Hiasan dalaman
  • Semusim
  • Orkid
  • Memanjat dan menjalar
  • Kaktus
  • Lendair
  • Akuatik
  • Bonsai
RENEK
Tinggi : Kurang dari 5 meter                                                                                               
 Batang berkayu, Berdahan dan mempunyai ranting                                                                
  Contoh : Pokok bunga kertas, Pokok Bunga Raya, Pokok Ekor Kucing
NAUNGAN
Tinggi : Lebih dari 5 meter                                                                                                        Berbatang tunggal  kegunaan teduhan dan penahan angin                                                     
Contoh : Semarak api, Bunga tanjung dan Tembusu
PALMA
Batang tunggal tidak bercabang diakhiri dengan sejambak daun                                          
Contoh : Rafis, Pinang Raja, Pinang Manila, Pinang Kuning
PENUTUP BUMI
Tinggi : Kurang 30 cm  kebanyakan menjalar dan melata di permukaan tanah                       
Contoh : ros jepun, alternathera, dan hemigraphis
RUMPUT TURF
Rumput yang di tanam di padang permainan, golf, pinggiran jalan dan di laman rumah           
Contoh : Axonopus, Bermuda, Zoysia, Serangoon dan St Augustine
HIASAN DALAMAN
Tumbuhan yang memerlukan teduhan dan lindungan dari pancaran cahaya matahari yang terik.
Contoh: Anthurium sp. Caladium sp. Dieffenbachia sp. Begonia sp.
SEMUSIM
Tumbuhan yang hidup dalam jangkamasa yang singkat. mati selepas berbunga.                              Selalu digunakan untuk hiasan pentas.                                                                                 
Contoh : Celosia sp, Tagetes sp. Marigold sp.
ORKID
Tumbuhan yang mempunyai akar udara.                                                                                        Contoh : Cattleya, Doritis, Oncidium, Arachnis, Vanda, Vandopsis dan Aerides
MEMANJAT DAN MENJALAR
Tumbuhan yang memanjat, melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat.                                                                                                        
Contoh : Nyonya makan sirih, Kembang pagi, ros jepun, bunga kertas dan petrea
KAKTUS
Hidup dikawasan kering dan panas.                                                                                     
 Contoh : Espotoa lanata, Cereus peruvanius dan Opuntia microdays.
LENDAIR
Tumbuhan yang tidak mempunyai tisu berkayu, sangat sensitif pada cahaya matahari yang kuat.
Contoh : ati-ati, resam batu dan pilea
AKUATIK
Tumbuhan yang boleh hidup di dalam air.                                                                             
Contoh : Teratai, Kiambang dan Keladi bunting,
BONSAI
Tumbuhan yang dibantutkan                                                                                                     Contoh: Pokok kesinai, juniper china dan santalia




Haiwan : makhluk-makhluk yang mengagumkan 2

ARNAB

Picture
Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp. Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelasmamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.

Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.

Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundrasuhu sederhanatropika, dan juga di kawasan gurun.

GAJAH

Picture
Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 2 spesies gajah di dunia.

  1. Gajah Asia
  2. Gajah Afrika
  3. Gajah Kerdil Malaysia
Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies gajah yang dikenalpasti dan hanya dua spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah Afrika. Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira dua juta tahun dahulu. Dari jurai keturunan spesies Gajah Asia terhasillah gajahmammoth yang bagaimanapun kini telah pupus.

Gajah Asia berbeza daripada Gajah Afrika dari segi telinganya yang kecil sedikit, mempunyai dahi yang rata, dan dua bonggol di kepalanya merupakan puncak tertinggi gajah, berbanding dengan Gajah Afrika yang mempunyai hanya satu bonggol di atas kepala. Selain itu, hujung belalai Gajah Asia hanya mempunyai 1 bibir, sementara Gajah Afrika mempunyai 2 bibit di hujung belalai. Kedua-dua jantina Gajah Afrika mempunyai gading sementara hanya gajah jantan Asia yang mempunyai gading yang jelas kelihatan.

Gajah juga pernah digunakan dalam perperangan sebagai gajah perang, yang digunakan bagi menyerang musuh.

HARIMAU

Picture
Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalamgenus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 ka) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasantaiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitosdan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera danjata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

ORANG UTAN

Picture
Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.

Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.

Orang Utan boleh di dapati di Borneo dan Sumatra dan tinggal di kawasan hutan tropika.

Punca kepupusan orang utan ialah :

  1. Ladang-ladang kelapa sawit
  2. Pembalakan
  3. Perburuan haram
  4. Perdagangan binatang kesayangan.
23 September 2005 Laporan bertajuk "Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth mendedahkan :

  1. Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.
  2. Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.
  3. Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.
  4. Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.
  5. Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia "padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu" yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebangkan untuk perladangan kelapa sawit.
  6. Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan orang utan.
  7. Menggesa kerajaan Indonesia dan Malaysia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 September 2005 dan menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit. Kerajaan Indonesia telah menandatangani perjanjian itu tetapi kerajaan Malaysia belum menandatanganinya.

RUSA SAMBAR

Picture
Rusa Sambar merupakan salah satu haiwan mamalia yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Cervus unicolor.

Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna. Bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).

Makanan utama Rusa Sambar adalah rumput, pokok renek, daun, dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Sambar sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran. Rusa Sambar akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika diserang oleh harimauharimau bintang atau anjing liar, Rusa Sambar akan terus terjun ke sungai dan berenang melarikan diri.

Rusa Sambar hidup bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang lawan (rusa jantan lain). Di tengah dan Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan bunting, satu (jarang dua) anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan.

Rusa Sambar terdapat di IndiaIndonesiaAsia Tenggara. Rusa Sambar tinggal di hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika, sehingga ketinggian 10,000 kaki.

SELADANG

Picture
Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau TanjungKerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam kontekspelancongan safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.

Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.

Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.[1] Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.[1]

Ciri-Ciri

Seladang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum :bertulang belakang (vertebrata), kelas : mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak) Aturan : Artiodactyla, Keluarga : Bovidae.

Seladang tergolong dalam keluarga yang sama dengan LembuBanteng dan Kambing Gurun. Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian 2 meter (6 kaki) dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting/ mengandung adalah 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan. Anaknya mencapai tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.

Seladang hidup di dalam kumpulan 4-8 ekor yang boleh mencapai sehingga 30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh seladang jantan yang berkuasa. Seladang lebih aktif ketika subuh dan senja serta berehat daripada pancaran terik matahari di bawah pokok sepanjang hari. Seladang adalah haiwan maun dan makanan utama Seladang adalah tumbuhan, terutamanya rumput-rumpai. Seladang mudah ditemui di kawasan di mana rumputpokok herba, pokok renek dan daun-daun mudah diperolehi.

Seladang biasanya didapati di Hutan Tropika dan Tanah Berhutan.

TENUK

Picture
Tenuk merupakan sejenis haiwan mamalia. Juga dikenali sebagai Badak Cipan, Badak Tampung. Terdapat empat jenis tenuk, yang mempunyai kaitan rapat, dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-

  1. Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
  2. Tenuk Baird (Tapirus bairdii) - Terdapat di Mexico dan Amerika Tengah.
  3. Tenuk Gunung (Tapirus pinchaque) - Terdapat di hutan tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan Ecuador.
  4. Tenuk Brazil (Tapirus terrestris) - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.

PAUS

Picture
Ikan paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompokcetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri berikut:

  • bernafas melalui paru-paru
  • mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
  • berdarah panas
  • mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
  • mempunyai empat ruang jantung
Ikan paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eocene, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu ikan paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurusyang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang.

Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalahAmbulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.

Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu ikan paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikansotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

Tingkahlaku

Ikan paus secara amnya dikelaskan sebagai pemangsa tetapi makanan haiwan ini terdiri daripada plankton kepada ikan besar. Sebagai mamalia, ikan paus memerlukan udara untuk bernafas dan mesti naik ke atas permukaan air untuk mendapat oksigen. Ini dilakukan melalui lubang pancutan pernafasan.

Kerana habitatnya, ikan paus menetapkan bila ia mahu bernafas. Kesemua mamalia tidur termasuk ikan paus, tetapi ikan paus tidak boleh dalam keadaan tidak sedar atau tidur terlalu lama. Ini kerana mereka perlu sedar untuk bernafas. Dipercayai hanya satu hemisfera dalam otak ikan paus tidur pada satu masa supaya ikan paus tidak tidur sepenuhnya tetapi masih boleh berehat.

Ikan paus berkomunikasi sesama sendiri melalui bunyi berirama yang dipanggil nyanyian ikan paus. Kerana haiwan ini sangat besar dan kuat, bunyi yang dihasilkan sangat kuat (bergantung kepada spesis). Ikan paus dipercayai membuat 20,000 wat akustik bunyi pada 163 desibel.

Ikan paus betina melahirkan seekor anak. Masa menyusu adalah lama (lebih dari satu tahun dalam kebanyakan spesis), dan ini dikaitkan dengan hubungan yang erat antara ibu dan anak. Dalam kebanyakan ikan paus, proses pendewasaan berlaku lewat, selalunya dalam tujuh hingga 10 tahun. Disebabkan ini mereka melahirkan sedikit zuriat tetapi mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk hidup dalam dunia haiwan liar.

Alat kelamin ikan paus jantan dimasukkan ke dalam rongga badan ketika berenang untuk penyelarasan dan mengurangkan seretan air. Kebanyakan ikan paus tidak mempunyai pasangan tetap; dalam kebanyakan spesis paus betina mempunyai banyak pasangan pada setiap musim mengawan. Ketika saat kelahiran, bayi paus mengeluarkan ekor dahulu untuk meminimumkan risiko lemas. Ikan paus menyusukan anak dengan memancutkan susu secara konsisten seperti ubat gigi ke dalam mulut bayi untuk mengelak daripada susu tersebut hilang dalam air.

Haiwan : makhluk-makhluk yang mengagumkan

MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGAGUMKAN
Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau televisyen. Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami akan menerangkan sebahagian daripadanya. Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama kamu akan berkata, "Betapa indahnya ciptaan Allah".
BAGAIMANA PENGUIN DAPAT HIDUP DI SEBUAH BENUA BEKU DI KUTUB SELATAN?
Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.
Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?
Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.
Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.
Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.
UNTA MEMBAWA TANGKI AIR DI BELAKANGNYA
Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di kawasan paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah menjadikan mereka bersesuaian dengan persekitaran tersebut. Sebaliknya, unta pula adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain.
Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.
Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghasyiyah:17)
BURUNG KOLIBRI
Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan jauh dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira dua setengah juta kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan tangan kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali, tangan kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini melakukannya dua setengah juta kali dan ia tidak memudaratkannya. Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk menangani tugas yang begitu sukar.
KETAM YANG DAPAT MEMPERTAHANKAN DIRI
Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut. Kebanyakannya mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit yang menggunakan senjata hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong dan musuh-musuh lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar laut. Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini tidak mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.
BOOBY, BURUNG YANG BERENANG
Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada jarak yang jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah telah menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas, supaya ia dapat berenang di permukaan dan dalam laut. Booby dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam laut untuk menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang pada jarak yang jauh.
BOLEHKAH IKAN TERBANG?
Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi peluncur pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar 56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat bergerak lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan mengangkat ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik di dalam air.
BURUNG PUCUNG
Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri tegak dengan membuka sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini menghasilkan satu bayang dan menghalang refleksi daripada permukaan air. Sekarang, Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap Pucung ini menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia menangkap ikan di dalam bulatan ini.
BURUNG UNTA
Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu daripada jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini sahaja.
BERUANG KUTUB
Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin. Beruang kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di dalam iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam), untuk jarak sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di dunia, di kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.
Allah juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).
Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti membran. Membran ini bertindak sebagai "sepasang cermin mata gelap" dan ia melindunginya daripada buta salji.
CHEETAH: PELARI TERPANTAS
Cheetah dikenali sebagai haiwan terpantas di darat. Ia dapat berlari dalam jarak pendek dengan kelajuan yang dahsyat. Ia dapat memecut sehingga 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa saat. Setengah cheetah dapat berlari lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan yang menakjubkan 113 km/jam (70 batu/jam).
CARA MENARIK GAZEL
Sesetengah haiwan menggunakan cara meninggalkan bau untuk membuat sempadan kawasan-kawasannya. Contohnya, gazel yang menggunakan ranting panjang dan tumbuhan, juga bahan berbau seperti tar, yang dirembeskan oleh kelenjar yang terdapat di bawah matanya untuk menandai kawasannya. Bau ini memaklumkan kepada gazel lain bahawa kawasan ini telah bertuan. Rusa kutub pula mempunyai kelenjar bau di hujung kaki belakangnya. Bahan yang dirembes oleh kelenjar ini membolehkan ia menandai kawasan-kawasannya. Arnab menandai kawasannya dengan bahan yang dirembeskan oleh kelenjar di dagunya.
MANGKUK PELEKAP KAKI CICAK
Cicak adalah sejenis reptilia yang hidup dalam iklim panas. Kebolehan luar biasanya ialah ia dapat berjalan di atas permukaan rata yang menegak dengan mudah. Cicak ini dapat memanjat dengan mudah walaupun di atas kaca dengan bantuan mangkuk-magkuk pelekap yang terdapat di hujung jarinya. Di samping itu, ia juga memiliki kuku tersembunyi di dalam kakinya. Apabila ia sampai pada permukaan yang tidak seimbang, ia akan mengeluarkan kuku-kukunya tidak ubah seperti kucing dan terus berjalan.
CICAK BASILIK YANG BOLEH BERLARI DI ATAS AIR
Apa yang akan kamu fikirkan jika melihat seekor cicak berlari di atas air? Mungkin kamu akan berkata, "Saya sedang bermimpi". Ini bukan suatu mimpi; ianya realiti. Cicak ini, yang dikenali sebagai Basilik, dapat berlari di atas air dan ia dapat melakukannya dengan pantas sekali. Kepak di belakang kakinya membolehkannya memercik air. Kepak ini akan tertutup apabila ia berjalan di atas tanah. Jika ia berhadapan dengan sebarang bahaya, ia akan segera lari ke air dan mula berlari dengan laju. Pada masa yang sama, kepak di kakinya terbuka dan memberikannya kelebaran yang diperlukan untuk berlari di atas air.
ITIK
Itik dapat terbang dengan kelajuan lebih 50 km (30 batu) sejam. Di samping, ia sentiasa menukarkan haluannya ketika terbang untuk melindungi dirinya daripada pemangsa. Apabila perlu menyelam ke dalam air, ia akan melakukannya dengan kelajuan yang pantas sehinggakan pemburunya tidak dapat mengejarnya.
BELALAI GAJAH
Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan memecahkannya di dalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan berbagai cara, boleh digunakan sebagi jari panjang, trompet atau pembesar suara. Ia dapat menampung 4 liter (7 pain) air untuk minuman atau mandian.
Mungkin inilah pertama kali kamu mendengar tentang kehebatan sifat-sifat makhluk ini. Mereka sangat hebat, bukan? Ini hanyalah sebahagian daripada makhluk-makhluk menakjubkan di bumi. Terdapat beribu-ribu haiwan di bumi ini yang kamu belum pernah lihat atau dengar mengenainya. Adakah semua haiwan ini memperolehi keistimewaan-keistimewaan ini secara kebetulan? Sudah tentu tidak! Allahlah yang telah menjadikan mereka bersama semua sifat-sifat istimewa dan unik ini.

Kawaii Cute Kaoani Writing Poem